Assalamualaikum
w.b.t. kepada semua pembaca.. Ini adalah post kami yang ketiga dari
kamibaiksangat yang berkaitan dengan kesabaran. Kesabaran adalah ubat terbaik
dalam segala kesulitan.
Makna hakikat kesabaran ialah manhaj-manhaj yang
amali dari sudut menyelesaikan masalah dan matlamat sebenar. Kesabaran ialah
kunci kehidupan bagi seluruh makhluk alam ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa.
Fikrah kesabaran boleh diambil ibarat sebagai contoh jika dibayangkan bumi ini
bergerak dan berfungsi tanpa ada sifat kesabaran, dengan secara tiba-tiba malam
bertukar kepada siang, dan sebaliknya, dan bayangkan tumbuhan yang tumbuh
sekali gus tanpa menyempat, memang hancurlah bumi Allah ini tanpa hala tujuan
dan tidakkah keadaan ini menyulitkan.
Kebaikan
Menanti Orang Mukmin Yang Bersifat Sabar
1. Di ampunkan dosa untuknya
2.
Allah SWT merasa malu kepadanya
semasa di neraca timbangan dan membuka buku catatannya diakhirat.
3.
Allah SWT ingin mendengar
sendiri ucapan hamba yang diuji-Nya
4.
Di bebaskan daripada seksaan api
neraka
5.
Di berikan kesihatan yang lebih baik
daripada sebelumnya
6.
Di berikan ganjaran pahala tanpa
batas
7.
Mendapat selawat dan rahmat daripada
Allah SWT
8.
Mendapat balasan syurga
9.
Jaminan mendapat pertolongan Allah
SWT.
10.
Di berikan oleh Allah SWT sifat
penyabar
Antara Ayat Al-Quran yang
menceritakan mengenai kesabaran :
1.
“Wahai
orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan
solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.” –
[Al-Baqarah:153]
2.
Demi
sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada
musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari
harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada
orang-orang yang sabar (Surah Al-Baqarah: ayat 155).
·
sentiasa
bersangka baik dengan allah. sesungguhnya allah tidak zalim.. ujian itu allah
turunkan kepada hamba yang dipilih agar dia diuji. Ayat saya bila terima ujian
ialah ALLAH SAYANG SAYA SEBAB TU SAYA DIUJI.. :)
·
bersyukurlah
bila diuji...itu tanda Allah masih sayang kepada kita...Rasulullah
s.a.w bersabda : ketahuilah bahawa pertolongan itu datang sesudah
kesabaran, kelapangan datang sesudah kesulitan dan kemudahan datang
sesudah kesulitan.
s.a.w bersabda : ketahuilah bahawa pertolongan itu datang sesudah
kesabaran, kelapangan datang sesudah kesulitan dan kemudahan datang
sesudah kesulitan.
·
Sebenarnya
Allah hendak membuktikan setiap makhluk yang Allah ciptakan mempunyai
sifat-sifat tersendiri yang boleh kita peroleh sebagai manfaat. Sifat ini juga
dalam masa yang sama dapat memenjarakan ketaatan kita kepada Allah. Kenyataan
ini dapat diterangkan seperti berlakunya sesuatu musibah atau ujian yang berat
bagi kita, tanpa berdalih kita mesti berbalik kepada Allah yang mana dari
setiap yang berlaku semuanya dari Allah Azza wa Jalla.
KESIMPULAN :
Sebenarnya Allah hendak
menunjukkan hambanya agar perlu bersabar dalam mencapai sesuatu dan janganlah
bergopoh-gopoh dalam sesuatu hal kerana ini sebahagian perbuatan iblis yang
berusaha menyesatkan keturunan Nabi Adam. Dan ingatlah hanya kesabaran orang
yang beriman sahaja akan berpanjangan. Peliharalah iman seseorang perlulah
sentiasa berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah agar manusia tidak mudah digoda
oleh iblis dan syaitan laknatullah.
So, bersabar lah kita sebagai manusia dalam menghadapi rintangan hidup. Seseorang pasti akan diuji olehNya.
No comments:
Post a Comment