بسم الله الر حمن الر حيم
Assalamualaikum pembaca-pembaca yang disayangi.
Moga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Syafakallah..
(moga Allah memberi kesihatan untukmu)..
Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf, sudah seminggu lebih tak update blog.. Di sini kami sedang melalui musim peperiksaan, jadi tak sedar pula masa berlalu begitu pantas. Hari ini, saya ingin berkongsi doa untuk mengulangkaji. Setiap orang perlu mengulangkaji apa yang telah dipelajari agar dapat mengingat kembali ilmu yang lama tidak digunakan. Iringi ulangkaji anda dengan memohon doa kepada Allah yang Maha Mengetahui supaya ilmu yang kita pelajari mendapat keberkatanNya.
Mulakan setiap usaha dengan bacaan basmallah.
Doa Untuk Mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ |
“Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.” |
Berdoalah dengan seikhlas hati wahai pejuang agama. Teruskan jihad dengan mempelajari ilmu-ilmu Allah. Jangan pernah jemu, jangan pernah bosan. Pelajarilah, dan beramal dengan ilmu yang dikecapi. Moga mendapat keredhaan dan syafaatNya. Setelah itu, tutuplah sesi ulangkaji anda dengan doa di bawah..
Doa Setelah Selesai Mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر |
“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.” |
Sekarang, mari kita sama-sama fikirkan & muhasabah diri.
Untuk apa kita belajar? Untuk apa diri ini berpenat lelah menghadiri kelas dan tutorial? Adakah hanya kerana kita nak dapat keputusan cemerlang? Menjadi kebanggaan keluarga? Menjadi kebanggaan sponsor? Menjadi kebanggaan dalam kalangan rakan-rakan? Atau kita punya matlamat yang lebih besar?
Belajar adalah ibadah.
Setiap apa yang kita lakukan jika disertakan niat keranaNya semata-mata, insya’Allah akan diganjarkan pahala di sisiNya. Harus ada niat belajar demi mencari keredaanNya. Belajar demi menjadi seorang yang cemerlang di mata masyarakat untuk menyampaikan agama islam. Belajar demi menjadi murabbi (pendidik) yang dapat mendidik anak muridnya ke jalan yang benar. Bukan hanya belajar kerana segulung ijazah semata-mata.
Sebagai seorang individu yang ditarbiyah harus punya impian yang lebih besar dan besar. Impian untuk mengembalikan kegemilangan islam ke muka bumi. Impian untuk menyeru manusia supaya kembali semula ke jalan hidup yang sebenar. Menuntut ilmu demi mencari keredhaanNya. Perlu belajar bersungguh-sungguh kerana kita punya satu visi yang harus dilaksanakan. Memperoleh keputusan cemerlang sebagai satu wadah menjadi ‘seseorang’ untuk menyampaikan kebenaran dan menyentuh jiwa-jiwa mereka di luar sana.
Insya’Allah~
No comments:
Post a Comment